KESEIMBANGAN FASA

Monday, August 04, 2008

Menyanyi

Ada orang suka menyanyi dalam bilik air. Termasuk dengan anak jiran sebelah rumah. Baru darjah tiga rasanya budak tu. Asal masuk bilik air mesti dengar dia nyanyi. Jelas suara dia. Sedap la jugak, kadang2 menyanyi lagu yang aku pun tak tau tajuknya..Dulu-dulu dia suka nyanyi lagu my heart. Sekarang ni dia suka nyanyi lagu yang part korusnya ada ketahuan. Aku pun tak ketahuan tajuk apa lagu tu..hehe

Paling tak tahan, budak tu siap kena sound dengan ayahnya baru dia nak berenti nyanyi. Kalau mak dia setakat pot pet-pot pet suruh berenti nyanyi dan mandi cepat,jangan harap dia nak berenti. Kalau dengar je suara si ayah, dan dan tu jugak berenti.
Betul la kata orang, orang perempuan ni suka cakap banyak2 kali. Macam mak kita yang suka ingatkan kita itu ini. Tapi kalau ayah, cakap sekali pun automatik faham. Tambah-tambah masa dia marah.

Aku tak suka menyanyi, tambah2 bagi orang lain dengar. Tak suka sebab suara tak sedap sebenarnya..;)

Thursday, July 31, 2008

Sudah Bosan

Aku dah bosan dengan template yang lama.Jadi tukar la yang baru.Kemalasan menghapdet blog masih di tahap gaban.


p/s : Amanitium, kak Zwit ucapkan berbanyak terima kasih kerana kerana tolong kemaskinikan template akak yang lepas. Hampir dua tahun akak guna yang itu. Klau balik raya kat kedah nanti bagitau la,kita bleh jumpa kat lapang sasar menembak ok!..heh

Monday, June 09, 2008

Cakap banyak atau banyak cakap?

Hari ni tengah mengajar di penghujung kelas ,tiba-tiba suara tak terkeluar. Perit tekak. Pertama kali jadi macam ni, sampai kena take 5. Seorang pelajar cina dalam kelas mempelawa air yang dibawanya. Aku tersenyum lalu mengucapkan terima kasih sambil mengangkat tangan tanda tak mengapa.

Berdasarkan pemerhatian aku, lebih banyak pelajar non muslim yang menunjukkan sikap yang mulia. Semester lepas, terdapat seorang pelajar cina yang sentiasa mengucapkan terima kasih di penghujung kelas secara individu kepada aku. Sudahlah pandai, mempunyai sikap yang baik pula. Berdasarkan pengamatan aku, dia tidak berniat untuk mendapat apa-apa kepentingan dari aku.Bertanya jika perlu, menyiapkan tugasan mengikut masa yang ditetapkan.

Berbeza sungguh dengan pelajar melayu.Sudah la datang lambat, tanpa segan silu, sukar nak minta maaf. Tersengih-sengih macam kerang busuk pulak. Belum lagi cakap hal malas. Nanti makin panjang pulak entry ni..:)

Thursday, May 29, 2008

Hari ini usia saya makin berkurang.Jangan jeles..:)

Wednesday, May 28, 2008

Never

Reasons why I never visit my rich friend! Once while visiting a very rich friend, the maid approached me and.....

Question : What would you like to have...? Fruit juice, Soda, Tea, Chocolate, Capuccino, Frapuccino, or Coffee?

Answer : Tea please

Question : Ceylon tea, Indian tea, Herbal tea, Bush tea, Honey bush tea, iced tea or green tea?

Answer : Ceylon tea

Question : How would you like it? Black or white?

Answer : white

Question : Milk, or fresh cream?

Answer : With milk

Question : Goat's milk, or cow's milk

Answer : With cow's milk please.

Question : Freezeland cow or Afrikaner cow?

Answer : Um, I'll just take it black.

Question : Would you like it with sweetener, sugar or honey?

Answer : With sugar

Question : Beet sugar or cane sugar?

Answer : Cane sugar

Question : White, brown or yellow sugar?

Answer : Forget about the tea, just give me a glass of water instead.

Question : Mineral water, tap water or distilled water?

Answer : Mineral water

Question : Flavored or non-flavored?

Answer : I think I'll just die of thirst


:), dari email..

Tuesday, May 20, 2008

I,II dan III


I

Minggu lepas baru berlalu minggu orientasi, sibuk sikit. Kalau tak sibuk pun buat-buat sibuk. Melihatkan muka-muka inesen(pada semester pertama sahaja) yang berkobar-kobar nak belajar, naik semangat aku!


II

Semasa sesi sembang-sembang;

Impian kamu dalam hidup..

Jawapan pelajar 1 (gila-gila, slumber orangnya dan sangat suka kucing)

-berjaya di dunia dan akhirat

-menjadi doktor


Jawapan pelajar 2 ( pendiam, malu-malu orangnya, selalu senyum dan sangat suka kucing)

-berjaya dalam bidang yang diceburi

-berkahwin dengan gadis pilihan


Heh..


III

Kawan aku Miss L berbangsa cina katanya "tahun ini tahun subur". Berdasarkan pengamatan aku, ramai juga rakan sekerja yang akan bercuti 60 hari. Baru 2 hari lepas melawat kawan dan bayinya yang seberat 3.8 kg. Apa la yang kawan aku makan, pipi anaknya montel sangat.

ps:Gambar di atas, tiada kaitan langsung dengan entry ni..:D

Sunday, May 11, 2008

Jalan jalan kat belakang rumah

Limau nipis

Buah dorian

Pokok dokong


Misai kucing


Ubi kayu yang siap dipotong


dan digoreng

kerepek ubi pedas